Raise Yourself To Help Mankind

Rabu, 16 Disember 2009

Paypal Perkenal 2 Jenis Khidmat Kewangan- Petikan B.Harian Selasa 15 Dis 09

Saya sekadar memetik artikel dalam berita harian edisi 15 Dis 09. Tajuk seperti kat atas tu..

Pada saya, berita ni sepatutnya disambut baik oleh penggemar dan peniaga internet di Malaysia. Dulu punya la susah nak guna paypal. Sampai kena bukak akaun kat Singapore lah…tunggu nak clearkan payment pun punya la lama… tapi sekarang, semua tu dah dipermudahkan.

Laporan berita baca kat bawah tu :p

Paypal, anak syarikat eBay Inc yang berpusat di Amerika Syarikat memperkenalkan 2 khidmat barunya di Malaysia iaitu pembayaran dalam Ringgit Malaysia (RM) dan ciri pemindahan wang daripada akaun paypal terus ke akaun wang di Malaysia untuk pengeluaran tunai.

Kedua-dua perkhidmatan baru ini memberi pilihan kepada PEMBELI dan PENJUAL untuk membayar serta menerima bayaran dalam matawang tempatan bagi urus niaga domestik, khususnya di kalangan syarikat yang terbabit dalam perniagaan internet antarabangsa.

Pengurus Besar Paypal bagi India dan Asia Tenggara, Mario Shiliashki, berkata, paypal menyediakan akses cepat dan mudah kepada penjual tempatan dan peniaga yang terbabit dalam perniagaan internet untuk menguruskan perniagaan syarikat.

Katanya, langkah itu bertujuan memudahkan peniaga melaksanakan perniagaan internet mereka dalam persekitaran yang lebih selamat, diyakini dan komprehensif.

“Menerusi perkhidmatan mengeluar wang di bank, kami yakin akan membantu meringankan beban anggota Paypal Malaysia,
sekaligus sebagai langkah pengembangan operasi syarikat di sini.

“Ia bukti pelaburan kami di seluruh Asia, sebagai komitmen untuk memperkenalkan penyelesaian inovatif yang yang lebih selamat dan mudah di Malaysia.

Paypal adalah kaedah pembayaran wang dalam talian (online) yang cepat, selamat dan membantu dalam urusan pembayaran secara online.

Menerusi perkhidmatan ini, pemegang akaun Paypal berupaya menghantar wang tanpa mendedahkan maklumat kewangan mereka, yang turut disokong kemudahan pembayaran ke dalam akaun atau kad kredit.

Ia sekaligus membolehkan anggota Paypal yang melaksanakan perniagaan internet antarabangsa menggunakan khidmat mengeluar wang di bank tempatan bagi memperolehi tunai Ringgit Malaysia dan membantu meningkatkan aliran tunai dalam urus niaga harian mereka.

Berita Harian – Selasa 15 Disember 2009 – Ruangan Ekonomi – M/S 25

Nampaknya, makin mudah internet business di Malaysia dan diharap, kehadiran dan kemudahan yang disediakan tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang tak bertanggungjawab.

Don't wait till last minute, start your own internet bizz now!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan