Raise Yourself To Help Mankind

Sabtu, 26 Disember 2009

3 KATEGORI MAKAN..

Assalamualaikum orang-orang kampung..! (haa jwb jgn tak jawab).

Entah kenapa aura kehebatan ke arah Jutawan Muda semakin terasa. Sebab itu saya semakin rajin untuk update blog dan juga menghantar Newsletter sebagai hadiah percuma bagi pengunjung setia blog saya. Rasa kagum, bertuah dalam kesyukuran kerana dipertemukan dengan perniagaan paling mengarut kat dunia. Iaitu QNet Malaysia. Tak sangka hanya kerana SISTEM canggih, kini boleh buat makan. Saya masih lagi teringat persoalan yang ditujukan kepada saya ketika saat pertama dalam perniagan. iaitu:

Dalam sebuah kehidupan, hanya ada 3 golongan. Dan kita sendiri PILIH nak jadi golongan yang mana? Golongan yang TAK cukup makan, Golongan yang cukup-cukup makan atau Golongan yang makan besar? Jawapan saya simple, anda juga tahu,

Sabtu, 19 Disember 2009

Minda Kaya Vs Minda Miskin.. Sekadar Sembang2

Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.

Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat disekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.

Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil.. Eh, btul ke mcm tu ek? "Lu pikir lah sendiri" kata Nabil.

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi.

Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai,

Rabu, 16 Disember 2009

Paypal Perkenal 2 Jenis Khidmat Kewangan- Petikan B.Harian Selasa 15 Dis 09

Saya sekadar memetik artikel dalam berita harian edisi 15 Dis 09. Tajuk seperti kat atas tu..

Pada saya, berita ni sepatutnya disambut baik oleh penggemar dan peniaga internet di Malaysia. Dulu punya la susah nak guna paypal. Sampai kena bukak akaun kat Singapore lah…tunggu nak clearkan payment pun punya la lama… tapi sekarang, semua tu dah dipermudahkan.

Laporan berita baca kat bawah tu :p

Paypal, anak syarikat eBay Inc yang berpusat di Amerika Syarikat memperkenalkan 2 khidmat barunya di Malaysia iaitu pembayaran dalam Ringgit Malaysia (RM) dan ciri pemindahan wang daripada akaun paypal terus ke akaun wang di Malaysia untuk pengeluaran tunai.

Kedua-dua perkhidmatan baru ini memberi pilihan kepada PEMBELI dan PENJUAL untuk membayar serta menerima bayaran dalam matawang tempatan bagi urus niaga domestik, khususnya di kalangan syarikat yang terbabit dalam perniagaan internet antarabangsa.

Pengurus Besar Paypal bagi India dan Asia Tenggara, Mario Shiliashki, berkata, paypal menyediakan akses cepat dan mudah kepada penjual tempatan dan peniaga yang terbabit dalam perniagaan internet untuk menguruskan perniagaan syarikat.

Katanya, langkah itu bertujuan memudahkan peniaga melaksanakan perniagaan internet mereka dalam persekitaran yang lebih selamat, diyakini dan komprehensif.

“Menerusi perkhidmatan mengeluar wang di bank, kami yakin akan membantu meringankan beban anggota Paypal Malaysia,

Selasa, 15 Disember 2009

ORANG MUKMIN HARUS KAYA... KENAPA?

Sabda Rasulullah SAW : “Apabila anak Adam meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga (macam), yaitu sedekah jariyah (yang mengalir terus), ilmu yang dimanfaatkan, atau anak sholeh yang mendoakannya.” [HR Muslim]

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Dialah yang akan menggantinya. Dan Dia-lah sebaik-baik Pemberi rezeki” [Saba : 39]

Rasulullah saw bersabda, "Sedeqah merupakan bukti (keimanan)." [HR.Muslim]

Sabda Rasulullah saw: "Tidaklah datang suatu hari kecuali akan turun 2 malaikat yang salah satunya berdoa, "Ya, Allah berilah orang-orang yang berinfaq itu balasan, dan yang satu lagi mengatakan, "Ya, Allah berilah pada orang yang bakhil kebinasaan (hartanya)." [Muttafaq 'alaihi]


Lakukan perubahan sekarang!!

Ahad, 13 Disember 2009

Sedikit Motivasi Untuk Kita Hayati Bersama... Bakal2 Usahawan Internet

Setiap orang inginkan kejayaan dan kekayaan dalam hidup. TETAPI... APA?

Tetapi sebenarnya ada 3 sebab atau 3 faktor yang menghalang kita untuk mencapai kebebasan kewangan.

Sebab Pertama: Tidak mengambil keputusan untuk bebas kewangan.

Ya betul...semua orang mengharapkan, malah mendoakan kejayaan dan kekayaan. Tetapi tidak mengambil keputusan yang jitu untuk mencapai kejayaan.

Kita silap kerana tidak meletakkan keutamaan kejayaan dan kekayaan di dalam hidup. Jadi, mulai hari ini tetapkan keutamaan kejayaan dan kekayaan dalam hidup.

Jika kita ingin menjadi doktor, kita akan belajar perubatan.
Jika kita ingin menjadi peguam, kita akan belajar undang-undang.
Jika kita ingin menjadi penyanyi, kita akan belajar muzik.
Jika kita ingin bebas kewangan, kita perlu belajar mengenai wang.